≡ Menu

Lancarkan Pengurusan Perniagaan dengan Pinjaman Kewangan & Surat Sokongan

Bagi perusahaan kecil dan sederhana (SME), modal merupakan salah satu kunci yang akan menentukan sama ada sesebuah perusahaan dapat mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh. Hal ini sangat penting untuk melancarkan proses pengendalian urusan perniagaan atau permohonan syarikat.

Lazimnya, kebanyakan perusahaan perlu mendapat dana yang secukupnya melalui permohonan pinjaman kewangan. Oleh itu, adalah amat penting bagi kita memahami proses pinjaman kewangan yang sepatutnya sebelum kita membuat permohonan.

Umumnya, terdapat tiga langkah penting dalam permohonan pinjaman, antaranya termasuklah penyediaan pelan perniagaan, penghantaran permohonan pinjaman dan penilaian permohonan pinjaman.

 

Proses 1: Penyediaan Pelan Perniagaan

Pelan perniagaan yang baik mampu menunjukkan hala tuju sesebuah perniagaan, syarikat atau korporat. Ianya juga dapat menunjukkan imej dan struktur perniagaan yang jelas. Antara ciri-ciri penting yang harus terdapat dalam sesebuah pelan perniagaan adalah:

  1. Bentuk perniagaan (sama ada berasaskan produk atau perkhidmatan)
  2. Latar belakang (carta organisasi) syarikat
  3. Maklumat terperinci tentang produk/ perkhidmatan jualan syarikat
  4. Daya saing, kedudukan syarikat dalam pasaran, strategi pemasaran dan kekuatan syarikat
  5. Tujuan pinjaman kewangan

 

Proses 2: Permohonan Pinjaman Kewangan

Pada kebiasaanya, institusi kewangan akan memerlukan dokumen-dokumen berikut untuk menilai kekuatan kewangan serta keupayaan membayar balik syarikat

a. Dokumen Syarikat

  1. Memorandum dan artikel syarikat
  2. Pendaftaran perniagaan
  3. Lesen perniagaan
  4. Borang J pemillik perniagaan
  5. Sijil penubuhan syarikat
  6. Salinan kad pengenalan pemilik perniagaan

 

b. Dokumen Kewangan

  1. Akaun yang telah diaudit (3 tahun)
  2. Penyata akaun semasa (6 bulan)
  3. Pelan perniagaan
  4. Akaun pengurusan terbaru

 

c. Dokumen-dokumen Lain

  1. Laporan penilaian yang berkaitan
  2. Bukti untuk punca pendapatan yang lain
  3. Dokumen yang menyatakan entiti perniagaan
  4. Dokumen komersil

 

Selain itu, institusi kewangan juga akan mengadakan sesi temu duga dengan syarikat pemohon untuk mendapatkan penerangan yang selanjutnya bagi membuat penilaian kedudukan kewangan syarikat yang lebih tepat.

 

Proses 3: Penilaian Permohonan

Pihak institusi kewangan akan memfokuskan kepada aspek-aspek yang berikut dalam proses penilaian permohonan:

  1. Keupayaan membayar balik peminjam
  2. Profil perniagaan (misalnya tahap risiko perniagaan, daya saing perniagaan, faktor-faktor luaran yang akan memberi impaks kepada prestasi perniagaan)
  3. Jumlah komitmen peminjam
  4. Sumber modal perniagaan
  5. Pengurusan, pengalaman dan pengetahuan perniagaan yang dimiliki oleh peminjam

Setelah institusi kewangan meluluskan pinjaman kewangan, pihak institusi kewangan akan mengeluarkan surat tawaran yang menyatakan syarat-syarat pinjaman untuk diterima oleh peminjam.

 

Surat Sokongan

Soalnya sekarang, adakah perusahaan anda dapat mengendalikan pelbagai urusan perniagaan atau permohonan dengan adanya modal yang cukup. Jawapannya, tidak semestinya. Sekiranya anda berniat untuk memohon projek atau membina kedudukan syarikat anda di pasaran antarabangsa, anda masih perlu menunjukkan bukti bahawa syarikat anda mempunyai status kewangan yang kukuh.

Sebenarnya, surat sokongan dapat membantu meningkatkan kredibiliti syarikat, memantapkan profil syarikat serta menyokong pelbagai urusan perniagaan atau permohonan selain daripada membuktikan keupayaan kewangan syarikat.

 

Untuk mendapat maklumat terperinci tentang surat sokongan, anda boleh melayari: http://www.smesentral.com/surat-sokongan-kewangan/.