


![]() |
Mengapa
berbaloi menyertai Sihat Malaysia |
| "Saya
masih muda. Saya selalu beranggapan, dalam usia semuda 28 tahun tak
mungkin terjadi sesuatu yang buruk pada saya. Setelah terlibat dalam
kemalangan kereta dan tangan patah, barulah saya sedar jatuh
sakit atau terlantar di hospital tak kena-mengena dengan umur..." |
|
| Mr.
Jack Lee |
|
"Dulu saya memegang jawatan bergaji lumayan dengan segala macam faedah istimewa. Sebab itu saya tidak ambil tahu tentang insurans kesihatan... sekarang saya berniaga kecil-kecilan, rezeki saya kais pagi makan pagi, sudahlah itu anak-anak asyik sakit..." |
|
En.
Mohd Idris |
| "Hakikatnya, kos rawatan telah meningkat begitu tinggi, terutama apabila melibatkan pembedahan. Syarikat insurans bukanlah pertubuhan amal. Wujudnya untuk memenuhi sesuatu keperluan, maksudnya, menyeimbangkan kos rawatan secara purata dalam keadaan kos meningkat sekarang..." "...Perlu difikirkan sesuatu caruman dalam bentuk insurans..." | |
Dr.
Mahathir Mohammad |
|
| "Mahu tak mahu... kesihatan memerlukan wang... tak mungkin kita dapat menyimpan semua wang kita dan mengharapkan kesihatan terus terurus. Itulah sebabnya ada insurans kesihatan... kos tak semestinya mahal, tetapi jika timbul masalah kesihatan, kita tidak perlu bergolok-bergadai..." | |
En.
Azman bin Yusoff |
|
| "Bagi saya, insurans memang penting... insurans am, hayat, kesihatan... semuanya sama penting... sebab manusia tidak dapat meramalkan keburukan yang bakal berlaku... jika sesuatu terjadi, saya sudah bersedia." | |
Mr.
Choo Chee Weng |
|
| "Semua kawan saya mempunyai Sihat Malaysia… bujang atau berkeluarga seperti saya… kami semua ada...Kenapa? Sebab telah terbukti bermanfaat ada insurans kesihatan... Sihat Malaysia pula banyak kelebihannya...ia mendapat pengiktirafan serta-merta di hospital, tiadalah kerumitan semasa kecemasan!!” | |
Pn.
Khatijah Ibrahim |
|
| "Saya merantau diseluruh Malaysia kerana urusan perniagaan...dua kali saya masuk hospital kerana sakit dalam perjalanan... baik juga saya ada Sihat Malaysia, saya diberi rawatan tanpa banyak soal jawab, dan tak perlu bayar apa-apa semasa berada di Malaysia!" | |
Mr.
Joginder Singh |
|
| "Anak lelaki saya cedera minggu lalu…maklumlah budak-budak, dia panjat pokok lalu jatuh dan patah kakinya…saya sangka satu atau dua ribu ringgit dapat menyelesaikan masalah ini… rupa-rupanya perbelanjaannya berjumlah hampir RM7,000 termasuk rawatan di hospital. Terima kasih Sihat Malaysia...” | |
Mrs.
R. Gomez |
|
KESIHATAN
LEBIH BERNILAI DARI WANG |
|
|
|
